Happy Birthday Mek Na 2016

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Happy Birthday Kakak Dina.
Ibu dan abah Hadzrami Mohd doakan kakak berjaya di dunia dan akhirat.

Terima kasih Mama Aween Mazuin Eliani Ab Malik dari Cerita Si Party Planner atas tajaan party packs yang sangat comel. Sampai tak cukup. Kawan-kawan yang nak buat party apa pun boleh contact Mama Aween. InsyaAllah, beliau akan support selagi anda berada di planet bumi. She is so creative.
Terima kasih juga atas hadiah tudung yang Dina pakai tu. Sangat selesa, material yang flowy (moss crepe) tak melekat di badan (boleh diorder dari beliau juga).

Terima kasih Achik Azlina Uda hadiahkan kek. Achik Syafini Salleh poskan jubah dari Bangi. Terima kasih banyak-banyak.

Terima kasih kawan-kawan Dina, meriah sungguh. Makcik minta maaf sempat goreng mee dan perap ayam saja, demam. Seronok tengok budi bahasa dan adab anak-anak kampung yang masih tinggi. Sampai di rumah awal dan terus uruskan hal-hal nak makan dan bakar ayam, tak payah suruh pun. Tuan rumah rileks saja…hehehe. Terima kasih sekali lagi dari makcik dan pakcik untuk kawan-kawan Nur Irdina Mohd Hadzrami, Irfan Hadzrami, Muhammad Irsyad Mohd Hadzrami dan Isyraf Hadzrami. Makcik tau hangpa baca fesbuk  makcik. Hehehe. Nanti kita buat lagi na.

Juga Tok Ayah dan Tok Chik. Tok Ayah dengan bertongkat dan nak berjalan pun payah datang juga. Dina kena ambil semangat Tok Ayah ni.

Happy Birthday Kakak ♡.

#mekna
#besday