Kelas Fotografi Produk – Gempur Raya 2014

Teks: Azura Abdullah
Foto: Shuhada Hasim

Slide1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Puasa hampir tiba dan kemudiannya hari raya. Ramai di antara kita para suri yang menekan minyak mahu pecut mengambil peluang niaga di musim perayaan. Samada para suri yang berniaga sambilan atau sepenuh masa, promosi produk memainkan peranan penting dalam hal ini. Apa pula yang memainkan peranan besar di dalam promosi? Hah! pastinya gambar bukan? Dengan teknik yang betul kita para peniaga kecil tak perlu membazir wang untuk mendapatkan khidmat jurufoto profesional setiap kali ada sahaja produk baru yang kita kenalkan. Kopak juga poket jika begini. Tahukah para suri sekelian, dengan hanya menggunakan telefon pintar atau smartphone, kita sebenarnya mampu menghasilkan gambar yang berkualiti dan punya daya tarikan tinggi sewaktu promosi. Gambar hasil smartphone berkualiti profesional!

Dengan ini saya bawakan untuk rakan-rakan suri sekelian sahabat saya Puan Shuhada Hasim seorang jurufoto profesional dari Kuala Lumpur yang punya artikel di Majalah Fotografika, terlibat di dalam Pameran Fotografi “The Beautiful Truth 2014″ dan banyak lagi arena fotografi yang beliau terlibat dengan nama-nama dan jenama-jenama besar. Beliau mahu berkongsi rahsia fotografi produk hanya dengan menggunakan telefon pintar atau smartphone.

Jangan lepaskan peluang ini. Lokasi kelas adalah di Pusat Bandar Kota Bharu dan hanya bersebelahan KB Mall. Tarikh kelas pula merupakan penghujung cuti sekolah. Bagi yang di luar Kelantan, boleh menempah bilik hotel dan lepaskan isteri/suami dan anak-anak seketika menjamu mata di sekitar Kota Bharu di kala anda menuntut ilmu. Mudah bukan :)

Oh!…cadangkan rakan anda dan dapatkan komisen RM30 dari kami!

Pendaftaran boleh dilakukan melalui borang pendaftaran di sini: http://bit.ly/1mMrWlF atau SMS/WA ke 0195761251.
Bayaran ke akaun Maybank2u : 152116154134 (Nor Azura Abdullah)
Email: pn.azuraabdullah@gmail.com
No.hp: 019-5761251

Fotografi Produk

 

 

Didoakan ada manfaatnya.

Terima kasih.

Wassalam.