Favicon itu apa?

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

relax

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entri yang lepas agak panjang tentang perkongsian menghadiri kursus induksi Program Mentoring Women In Bussiness. Hari ini kebetulan baru selesai menyiapkan sebuah blog untuk sahabat saya yang sibuk dengan tugasan pejabat. Saya mahu tenang-tenang dan rileks-rileks sahaja hari ini dengan entri ringkas untuk anda.

Sewaktu saya menghadiri kursus baru-baru ini antara dilema yang dikongsi oleh para peniaga kecil suri bekerja di rumah ialah kesilapan mereka dalam menempah website supercanggih yang akhirnya mereka tidak mampu kemaskini akibat tidak mahir dan akhirnya tidak pun membantu menaikkan penjenamaan diri dan bisnes mereka.

Suka saya kongsi di sini saya sendiri hanya bermula dengan blog domain percuma blogspot tetapi menulis dengan suka hati tiada arah. Cubaan saya bersama Akademi Bekerja Di Rumah membuahkan hasil. Dengan tunjuk ajar Puan Guru Masayu Ahmad dan kakak Mentor saya Puan Aishah, saya kini dapat menulis dengan betul dan sedikit sebanyak telah mahir menggunakan aplikasi wordpress samada melalui domain percuma atau berbayar. Mesej saya di sini, bermula dahulu dengan apa yang ada, kos minima dan risiko minima dan kemudiannya sepanjang jalan kita kutip ilmu, tambah ilmu dan perbaiki apa yang kurang. Saya sangat seronok sekarang bermain dengan aplikasi blogger atau wordpress! Hari-hari saya kutip ilmu baru dan saya catat dalam buku nota supaya tidak terlupa bila perlu. Oh!…perkongsian saya di sini bagi mereka yang mengurus sendiri laman sesawang dan belum lagi berpeluang untuk mengambil pekerja mahir dalam bidang ini.

faviconxx

OK!..hari ni saya mahu santai-santai sahaja mahu berkongsi tentang apa itu favicon. Anda cuba buka beberapa blog dan lihat seperti contoh gambar di bawah. Icon kecil di sebelah url itulah yang dinamakan favicon. Katakan anda sedang sibuk mencari sumber dari internet atau pelanggan anda mencari produk dengan membuka berbagai laman sesawang, yang mana satu lebih menonjol? Tentunya laman sesawang yang punya icon gambar kecil seperti contoh blog saya ini berbanding yang lain yang hanya menggunakan icon kecil blogger atau wordpress lebih menonjol.

2

Cara untuk memasukkan favicon ini akan saya kongsi secara percuma bagi pelajar-pelajar saya di #akademibekerjadirumah. Pejam celik sudah 600 keahlian blogger.

Jom sertai saya di Akadmei Bekerja Di Rumah!

Boleh rujuk blog saya untuk pakej-pakej yang bersesuaian. Bagi pakej tempahan saya siapkan terus dengan favicon.

Wassalam.