Duit Tipu

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Caf Spekie

Ibu cakap sebelum kawin abah pakai kereta buruk ja.
Orang lain semua pakai kereta mahal.
Tapi abah dah beli rumah masa tu.
Rumah teres kecik saja.
Ibu cakap lepas kawin, ada 2 gaji baru abah beli rumah elok sikit.
Dulu ibu dengan abah selalu bawa balik barang dari Kelantan pergi jual di Kedah.
Ibu cakap nak belanja kena pakai duit betul.
Tak boleh pakai duit tipu.
Duit tipu tu ibu cakap yang kad kad tu lah.

Ibu pesan kalau kat sekolah tak boleh habiskan duit ibu bagi.
Kena simpan sikit.
Hari-hari kena simpan sikit.
Saya pun simpan juga.
Tapi saya pun suka belanja juga.
Sebab ibu saya tak layan kalau nak beli barang merepek macam pistol, guli, pancing.
Saya kena guna duit sendiri.
Macam tu lah ibu saya.

Ok lah. Nanti ibu saya marah.