Doodles Doodles Doodles

** sponsored post by ABS Kelantan IT & MM PLT  **

Teks: Azura Abdullah
Foto: ABS Kelantan IT & MM PLT dan Carian Google

PromoDoodles

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya pasti anda selalu terpandang karekter-karekter comel dan memikat hati setiap kali anda membuat carian Google. Karekter-karekter comel ini dipanggil “doodle”. Definasi Wikipedia mengatakan “doodle” ini sebenarnya adalah hasil sebuah lukisan yang dilukis hasil dari pemikiran yang ketika itu tertumpu kepada perkara-perkara lain. Contohnya ketika kita menghadiri mensyuarat, seminar, bercakap melalui telefon atau sebagainya, kita terdorong untuk melukis sesuatu di atas kertas jika perkara-perkara tersebut tidak berjaya menarik perhatian kita.

doodle-sesame

Menurut satu kajian yang dipaparkan di dalam jurnal saintifik, “Applied Cognitive Psychology”, ” doodle” boleh membantu otak manusia dengan menambah tenaga yang mencukupi untuk mengelakkan seseorang itu dari mengelamun atau tidak memberi perhatian. Aktiviti ini sebenarnya memerlukan banyak aktiviti otak.

Kini penggunaan “doodle” bukan sahaja di kala kita mengantuk atau tidak dapat memberi tumpuan ketika mesyuarat dan sebagainya. Tetapi penggunaan “doodle” telah dipelbagaikan kepada berbagai variasi komersial terutamanya bisnes. Ya! Untuk menarik perhatian pembaca dan seterusnya jatuh cinta menjadi pelanggan kita. “Doodle” digunakan dengan meluas sebagai header blog, header facebook, penggunaan karekter doodle untuk produk-produk pakaian dan lain-lain lagi.

“Doodle” jelas mendapat tempat dan terbukti berkesan di mana jenama-jenama besar seperti NIKE, CONVERSE, McDONALDS, HARVARD BUSINESS SCHOOL PUBLISHING, WARNER MUSIC GROUP dan banyak lagi juga menggunakan “doodle” untuk menarik minat audien.

Di sini saya kongsikan beberapa hasil kerjatangan Kumpulan Ilustrator Muda lagi berbakat dari Syarikat ABS Kelantan IT & MM PLT. Harga yang ditawarkan adalah harga mampu milik, bermula dari RM50 berdasarkan apa yang anda mahukan.

cartoon 1a

cartoon 2a

 

cartoon 3a

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat penghasilan “doodle” untuk bisnes, blog, facebook atau untuk apa saja, boleh hubungi Kumpulan Ilustrator Muda Berbakat ini di email: abskelantan.itmm@yahoo.com

Terima kasih.