Dont Judge A Book By Its Cover…Meow

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Saya ke pasar pagi di Pulai Chondong tadi, dah 11 lebih rasanya.
Pusing sorang-sorang cari lauk, entah apa nak masak pun tak tahu.
Saya singgah ke satu gerai jual ikan di hadapan Kedai Runcit Zaid.
Ramai pulak orang.
Tak apalah…tunggu, sabar.

“Meow. Meow. Meow.”
Ada kucing kurap datang dekat penjual ikan tersebut.
Memang teruk kurapnya, kasihan saya tengok, sambil tergaru-garu macam gatal sangat-sangat kucing tersebut.

“Nah! Makan dulu. Pahni kito gi klinik cucuk.”

Dang!
Sangka saya adik penjual ikan tersebut akan alihkan kucing kurap tadi dengan kakinya.
Itu yang selalu saya lihat.
Tetapi diberinya ikan, dipilihnya yang segar.
Sangka saya akan diberinya ikan pecah perut.
Malah akan dibawa kucing tersebut ke klinik untuk dirawat.

Saya mulalah nak sentimental.
Mek Zurots memang suka terharu tak ketahuan punca. Kakaka!

“Adik, Allah swt murahkan rezeki adik,” kata saya sambil hulurkan duit.

“Allah kak! 2 riyal jah cucuk kucing di klinik kerajaan. Esok saya bowok semula mari sini kucing ni. Banyak ekor doh kak saya bowok gi.”

Huarghh!
Cry!Cry!Cry!
Cry again inside my heart.

Walaupun kau nampak brutal dik tapi dalam hatimu ada taman syorga.
Dan ahkakmu ini awal-awal lagi nak berprasangka tak comey.

Don’t judge a book by it’s cover.

“Ambik ni kak. Air batu habih doh. Ambik belako ko kak!”

Cry again! and again.

RM20 untuk 2.5 kilo sotong dan 2.5 kilo ikan kembung.

Allah swt merahmatimu adik.

Azura Abdullah
Siang Sotong 2.5kg dan Ikan Kembung 2.5kg Sambil Cry Cry Cry.
Lenguh kaki dik!

#telegramdarilangit