Dahsyatnya Doa Ibu

Teks: Azura Abdullah
Foto: Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jadual saya yang agak ketat akhir-akhir ini, diuji dengan bebanan tugas di pejabat yang tak mengenal belas kasihan, perniagaan, kesihatan ayah mertua dan juga diri sendiri yang asyik diserang asma. Allahurabbi. Bukan mudah. Cepat-cepat saya talipon mak yang saya kasihi doakan kesejahteraan dan permudahkan urusan saya. Bercakap tentang doa seorang ibu/mak/mama atau apa saja yang anda panggil saya mahu berkongsi satu perkara penting dari buku yang telah beberapa kali saya baca sebagai peringatan kepada diri sendiri dan moga memberi manfaat kepada rakan-rakan suri di luar sana juga.
“Dahsyatnya Doa Ibu”  - itu tajuk buku yang saya mahu kongsikan intipatinya secara ringkas. Disertakan kajian seorang profesor jepun tentang molekul air dan struktur molekul air dibekukan di bawah 5 darjah celcius. Profesor ini menjalankan pelbagai kajian ke atas air yang mana hasil kajian tersebut membuktikan bahawa “air mampu berkomunikasi”. Hebat bukan! 
Dan antara yg paling menarik ialah bila air yg diuji dibacakan kata-kata yang indah seperti ‘CINTA’,'KASIH’ vs ‘BENCI’,'MARAH’…air yang dibacakan kata-kata indah dan positif akan bertukar kepada molekul heksagon yg cantik dan positif. 
 
Kemudian profesor ini mencuba pula dengan menjemput para agamawan membacakan doa-doa mengikut kepercayaan agama masing-masing. Molekul-molekul air turut bertukar dengan cantiknya kepada molekul-molekul heksagon yang sepatutnya kita minum berbanding dengan air yg tak dibacakan doa. 
 
Kesimpulannya di sini, kita para ibulah yang banyak menghabiskan masa di dapur, jadi berhati-hati lah sewaktu memasak dan mengendalikan segala aktiviti yang menggunakan air kerana bila emosi kita terjejas – kita sebenarnya menghantar mesej negatif kepada air itu, molekul air juga terjejas, dan air/hasil masakan itu akan dimakan dan diminum oleh suami dan anak-anak kita. Bayangkan apa yang bakal terhasil dengan darah daging yang selalu dibekalkan dengan molekul air yang negatif.
 
Moga perkongsian singkat ini memberi manfaat kepada semua.
 
Hingga ketemu lagi!