Cukup Itu Berapa?

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

jahit beg mekna

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Anakanda MekNa letih sangat malam ni.

Pukul 9pm dah tidur.

Ada mesej di beg sekolah MekNa.

Bergenang juga air mata ibu.

Tak minta pun beg sekolah baru.

Cukup Itu Berapa
Alhamdulillah.

Siap sudah ibu jahitkan beg MekNa.

Ibu doakan kakak menjadi anak yang solehah dan memberi manfaat kepada orang lain.

Sederhana itu CUKUP.

InsyaAllah. Ameen.

Antara kunci saya bersara awal sebelum usia mencecah 40.

Kuncinya pada kita. Bukan pada orang lain.

CUKUP ITU BERAPA?

Hanya kita yang boleh menjawabnya.

Wassalam.

Salam kasih sayang untuk semua!