Cerita Cuci Baju

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah dan Carian Google

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Kulim , Kedah dari Kelantan. Batuk-batuk pula anakanda saya si Irsyad. Susahnya Irsyad payah sekali diajak minum ubat batuk. Mujur ada madu lebah yang saya beli melalui Produk Sunnah Akademi Bekerja Di Rumah. Hanya perlu masukkan 2 sudu kecil dibancuh dengan air masak, diminum….lapang kelihatan ruang pernafasan Irsyad. Kurang batuk-batuknya.
 
Masih belum dapat lelapkan mata. Jam sudah 1.51pagi. Tiba-tiba teringatkan kenangan yang kembali mengusik jiwa saya ketika saya sibuk mencuci 2 baldi pakaian anak-anak secara manual menggunakan berus petang tadi.  Mesin basuh di rumah mertua buat hal pula tadinya. Si kecil Isyraf datang bermain-main buih dan membuat mahkota buih di rambut saya. Suka sekali dia.Teringat saat saya adik beradik bersukaria bergurau senda bermain buih sabun ketika menemani mak mencuci pakaian di tepi telaga. Hilai tawa mengiringi di samping percikan air singgah di pipi. Mak tersenyum melihat gelagat kami yang setia menemani. Bahagia.
 
Photo: Can you spot the family behind my son ?  No gadget at the table please. That's our rule. **I got permission for this ;)** Pity the little angel. Boring sitting while mommie and daddy gadgetting.
Di belakang anak saya kelihatan sebuah keluarga kecil dgn anak comel
yang kelihatan sangat bosan. Kedua ibubapa leka dengan talipon pintar masing-masing.

Berbeza sekali dengan kita di kala ini. Leka dan alpa dek penangan gajet dan pelbagai alat berteknologi yang pada asal niatnya dimiliki untuk kemudahan dan memberi kelapangan. Tetapi kecewa sekali ya nampaknya. Rata-rata kini jika kita ke mana-mana tempat awam terutamanya restoran mahupun taman permainan. Hanya jasad sahaja di situ tetapi masing-masing tersenyum sendiri mengadap talipon pintar masing-masing.  Anak-anak bermain sambil melambai-lambaikan ibu dan ayah tetapi kita sibuk di atas buaian melayan rakan-rakan di gajet.
 
Kecilnya dunia kini. Dikecilkan kita sendiri. Anak-anak kecil rata-rata pun sudah membudayakan ini. Di meja makan mana-mana restoran anak kecil leka dengan permainan videonya. Semuanya dari kita. Beringatlah kita, kecil mereka memerhati.
 
Maafkan ibu wahai Irfan, Irdina, Irsyad dan Isyraf kerana talipon pintar tak dibenarkan sama sekali di meja makan. Biar dunia kita penuh hilai ketawa sesama kita. Itu lebih bahagia.
 
Jika punya masa, layari video penuh kesan ini, tajuknya “I Forgot My Phone”. Adakah kita salah seorang pelakonnya. Mungkin. 
 
Bersambung lagi!