Cepatnya Allah SWT Bayar

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Sayur yang ditanam di tepi rumah. Penangan group Kebun Bandar.

Seharian saya mengemas dapur semalam.

Rumah kotak kami ni sendat dengan barang-barang dari rumah lama.

Abe Mi cadangkan saya keluarkan semua tupperwear dalam kotak dan guna.
Bekas-bekas yang dok sayang lagi tapi tak guna Abe Mi suruh kumpul dan sedekah sahaja.
Huarghhh…buleh 5 beg plastik besaq omakaih!

InsyaAllah bakal menemui pemilik baru pada Misi Jalan2 Masuk Kampung 26hb.Mac nanti di Tanah Merah.
Jom lah sapa-sapa yang nak join.
Buleh kenal dengan aktivis yang tak reti duduk diam iaitu Cik Na Zarina Nawawi, Tuan Bob Burhanuldin Mohammad, Kak Rosminah Mohd Yusoff dan ramai lagi. Saya ni menumpang saja.

Semalam mungkin hari peringatan dari Allah swt kepada saya agar lebih banyak memberi serta berkongsi untuk lebih banyak menerima(rezeki).

Petang semalam juga ada jiran datang berkunjung.
Tak tahu nak beri apa sebagai buah tangan, saya petik sayur sahaja sebagai sedekah.

Semalam ke kedai ECO 2 Ringgit, waktu tengah bayar ada Makcik datang tanya, “Buleh Mokcik tumpang bayar. So (satu) jah.”
Ya lah…saya faham. Nak bayar 1 benda tetapi barisannya tu dia.
“Buleh Mokcik.”
Makcik pun hulurkan cermin mata dan duit.
“Takpo Mokcik. Saya belanja hari ni. Mokcik doakan ambo muroh rezeki deh.”
Makcik nampak gembira benar, siap pegang tangan saya berkali-kali.

Waktu saya nak ke kereta nampak kelibat Makcik berjalan perlahan dengan baldi kecil di tangan menuju ke tepi jalan, menunggu teksi mungkin.
Sayu pulak hati. Teringat Mak Kiah di kampung.

Pagi ni apabila check akaun bank saya yang juta-juta lemon tu ada duit ‘refund sale’ masuk.
Rupanya sebuah syarikat yang saya beli barang kembalikan wang kepada saya kerana barang yang saya terima ada sedikit defect.
Mereka cadangkan saya pulangkan barang tersebut untuk ditukar baru.
Saya katakan tak apa, barang berfungsi elok, cuma kosmetiknya sahaja ada defect, mungkin packaging dan handling issue sewaktu penghantaran barang.

Baru tak sengaja sedekah RM2.12 dan sayur sahaja kelmaren, dah dapat reward pagi ni.
Malunya.
Cepat sungguh.
Berganda-ganda pula.
Barang dapat, duit pun diberi semula.

Tak tahu nak tutup karangan ni macam mana.
Tapi macam tu lah ceritanya.
Saja nak kongsi (tiru tagline Tuan Mohd Monier)….hehehe.

#jjmk
#jjmkklate
#wargakilang
#telegramdarilangit