Catatan Mek Zurots: Bergaya Itu Letih

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Semalam kebetulan ada 2 kenalan nyatakan pada saya perkara yang sama.

Katanya saya dan suami rileks saja jual estima, kemudian pakai pickup dan saga bila balik duduk di kampung.

“Kak tak risau pun apa orang keliling kata noh. Tambah-tambah lagi orang kampung. Kak dah la keja dari rumah ja la ni. Dulu engineer dok terbang pi sana sini. Kalau saya tak tau la buleh buat lagu tu ka dak.”

Saya ke laut juga sebenarnya, suami saya yang jenis sempoi orang Kedah kata.
Jadi isteri kena join venture sempoi lah sama.
Satgi kita tak sempoi, dia pi cari hat sempoi lagi haru.

Seperkara lagi, hidup atas asbab nak bagi orang pandang kita ni hebat dan nak puaskan hati orang lain adalah sangat letih sebenarnya.

Bil dan hutang kita yang tanggung bukan orang yang beri pandangan begitu begini pada kita.

Saya ada rakan yang suaminya menggunakan kereta Porsche. Saya sangat terkejut bilamana pada suatu hari rakan saya ini bermesej dengan saya dan menyatakan yang beliau sangat cemburukan kehidupan saya yang sederhana dan sangat ringkas. Beliau sangat penat dengan kehidupan sekarang, hidup dalam tekanan dan kerisauan serta tiada masa untuk anak-anak.

Allahu, saya baru nak berangan pakai Porcshe. Saya tak layak pun untuk dikagumi, huru hara lagi.

Saya pun tak tahu nak komen panjang tentang hal itu, pada saya nak bergaya nak bersederhana perlu kena caranya.
Itu sahaja, kalau tidak letihlah.

Ok. Bai.
Nak lelap. Baru telan ubat asmin 4mg, saya lelah.
Doakan  saya sembuh cepat ya.

Nota:
Sila daftar kelas dengan saya supaya dapat saya beli Porsche. Hehehe.

#inspirasisuri
#azuraabdullah
#abdr
#coretanmekzurots