Cari Akhirat, Dunia Datang

Teks: Azura Abdullah

Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

adam saleh

Dua ekor ni dah sihat, dah boleh bermain bersama-sama.
Bibik ni kena heret dengan si Adam yang pada mulanya tak mahu keluar dari biliknya sekejap tadi, merah dah tapak tangan.
Macam ni lah saya setiap pagi, sibuk ya amat bekerja dari rumah ini.
Siapa cakap bekerja dari rumah tu senang lenang boleh try test 1 minggu.
Yang tak tahan silap haribulan terus login jobstreet.com.

Semalam mak telefon selepas saya top-upkan kredit handphone mak (macam baguih…hihuhi).
Mak ucap terima kasih.
Manik-manik kecil jatuh selalu dari mata.
Terharu dan tak layak nak terima ucapan mahal macam tu dari mak.
Terlalu banyak lagi perkara nak buat untuk mak.

Mak ajar banyak benda manis dan mahal.
Mak jenis ringan mulut ucap terima kasih.
Turunlah ke saya sedikit dan turunlah ke anak-anak saya juga sedikit (saya rasalah…kehkehkeh…macam bagus).

Saya masih ingat satu insiden yang buat saya panas hati apabila ada yang ambil kesempatan di atas kebaikan mak dan memburukkan mak serta abah untuk menunjukkan mereka baik.

Apa lagi, dengan darah pahlawan Cik Siti Wan Kembang yang mengalir dalam diri saya ni terus saya sms dan sound bagus punya kepada mereka itu.
Darah muda.
Mak macam biasa takkan cakap apa, mak memang jenis biar saya terjun tasik dan berenang sendiri.
Kesannya lebih padu mak kata.

Memang tak positif langsunglah impaknya selepas itu.

Mak kemudiannya tanya saya, “Macamana? Rasa lega ka rasa lagi sakit hati lepas buat macam tu?”

Saya sengih sajalah, macam baru kena hempap batu di atas kepala.

“Kalau keburukan dibalas keburukan, ada ka beza akak dengan depa? Kita tak cari redho manusia, kita cari redho Allah swt. Apa mak buat ni mak redho. Mak cari akhirat, InsyaAllah pelan-pelan Allah swt atoq dunia kat kita elok nanti.”

Sedih habis bila mak cakap macam tu.
Rasa bodoh habis dengan tindakan saya masa tu.

“Satu perkara negatif akan tutup segunung kebaikan. Akak kena ingat tu. Tak payah dok susah-susah nak menang sapa betui sapa salah, sapa baik sapa tak baik kat dunia ni. Buat la lagu mana pun kita tak buleh tipu diri kita sendiri dan Tuhan.”

Dang! Kena lagi.

Itu antara pelajaran besar dari mak tentang komunikasi dan aspek sosial kepada saya.
Saya pegang perkara tersebut sampai sekarang dan ianya amat membantu saya berlapang dada dan kekal positif samada dari aspek personal atau profesional.

Jadinya saya mahu berkongsi kepada yang tinggalkan mesej kepada saya, yang stress dengan group whatsapp/telegram keluarga, group whatsapp/telegram kawan-kawan dan lain-lain.

Itu semua pengurusan emosi kita sendiri.
Pilihan di tangan kita.
Dah kita yang pilih nak masuk group itu ini.
Dah kita yang pilih nak komen itu ini.
Dah tu kitalah juga yang dok berasa hati macam tu macam ni.

Kita semua manusia.
Kita suka nak baca apa yang kita mahu baca sahaja.
Tak boleh lari, sikap pentingkan diri tu ada.

Bila baru beli pen pun sokmo kita test dakwat pen ok atau tidak dengan nama kita sendiri dahulu.

Macam tu lah.

Panjangnya omakaih.

Didoakan ada manfaatnya.

Azura Abdullah
Pening juga sekali sekala
www.azuraabdullah.com

‪#‎catatanmekzurots‬
‪#‎workfromhome‬