Cara Mudah Tulis, Terbit & Jual Ebook Di Platform Antarabangsa

Teks: Azura Abdullah
Foto: Tuan Shah Othman

cover

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah. Akhirnya Berjaya juga saya habiskan bacaan eBook hasil tulisan Tuan Shah Othman bertajuk ‘Cara Mudah Tulis, Terbit & Jual Ebook Di Platform Antarabangsa’. Menyesal pula saya peram begitu lama. Jika tidak pastinya saya sudah mula mengetuk keyboard untuk ebook saya seterusnya.

Semangat berkobar-kobar kini, saya akan sahut cabaran penulisan di dalam ebook Tuan Shah Othman ini. Kita boleh siapkan ebook dalam tempoh 30 hari sahaja sebenarnya jika benar-benar mengikut tips yang diberikan dan konsisten. Tidak terlewat rasanya untuk ucapkan Selamat Hari Lahir kepada penulis ebook hebat ini. Selamat Hari Lahir Tuan! Didoakan terus dikurniakan kesihatan oleh Allah swt agar dapat terus berkongsi ilmu dan pengalaman.

Di dalam ‘Cara Mudah Tulis, Terbit & Jual Ebook Di Platform Antarabangsa’, beliau bukan sahaja berkongsi pengalaman malahan berkongsi cara praktikal menulis, menerbit dan menjual yang dapat dilakukan sendiri oleh penulis. Malahan bagi newbie anda akan turut berpeluang belajar bagaimana membuat ecover untuk ebook anda sendiri. Anda mahu bermula secara ‘lean’ bukan? Bukan itu sahaja, anda akan didedahkan dengan platform-platform lain untuk memasarkan ebook anda. Selama ini kita hanya didedahkan dengan jualan secara konvensional melalui minisite dan promosi melalui media sosial.

Cukuplah perkongsian secara ringkas dari saya. Bagi yang berminat menghasilkan ‘magnet wang’ dengan ebook saya amat galakkan anda mendapatkan ebook dari Tuan Shah Othman yang dipasarkan dalam bentuk DVD. Lebih ‘feel’nya kerana kita dapat memegang ebook yang dibeli. Saya suka! Inovatif!

dvd

Akhir sekali saya ucapkan tahniah kepada penulis atas penghasilan ebook yang pada saya sangat ‘simple but crisp’.

Tuan Shah Othman boleh dihubungi melalui:

  • Facebook: http://facebook.com/shahothman atau
  • E-mel:  shahmar_5003@yahoo.com.

Sekian dahulu.

Wassalam.