Buku Bekerja & Berniaga: Panduan Kejayaan Untuk Suri di Akhbar Utusan Malaysia

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Bekerja & Berniaga: Panduan Kejayaan Untuk Suri

 

Saya tersadai sahaja hari ini semenjak semalam.
Pagi tadi gagahkan juga ke Pasar Machang mencari ketam dan bawa si Isyraf menjamu mata.

Awal-awal pagi lagi semalam saya ke rumah mertua menghantar sarapan dan bertanya khabar ayah.
Ayah baik-baik sahaja, saya pula yang tewas dek habuk simen rumah yang sedang dibaiki.
Lelahlah saya apa lagi.
Sudahnya ayah pula yang asyik follow up keadaan saya.

Hari ini oleh kerana asyik tersadai sahaja, saya banyak lakukan kerja-kerja research.
Diambil nikmat kesihatan sementara, digantiNya dengan nikmat lain pula.

Saya terjumpa artikel dari arkib suratkhabar Utusan Malaysia.
Saya sendiri pun tidak tahu bila terbitnya artikel ini.

Apa-apa pun jutaan terima kasih saya ucapkan kepada wartawan slot Mari Membaca, kerana memberi peluang kepada buku BEKERJA & BERNIAGA: PANDUAN KEJAYAAN UNTUK SURI.

Alhamdulillah.
Kepada yang menjawab soalan status sebelum ini, nanti saya hubungi ya untuk kupon diskaun buku saya.

‪#‎suribekerjaberniaga‬
‪#‎inspirasisuri‬