Bisnes Kecil & Dilema Lambakan Stok

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah & Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

STOCK

Cuti sekolah baru-baru ini saya berpeluang berbual pendek dengan ibu saudara saya yang baru berjinak-jinak dalam bisnes kecil menjual telekung dan tudung. Antara dilema yang dikongsi beliau ialah dari hari ke hari akan berlaku lambakan stok kerana apabila beliau memborong, beliau perlu membeli sekodi minima di mana warna dan size bercampur-campur. Pemborong selalunya tidak benarkan kita memilih warna dan saiz. Pelanggan pula mahu warna dan size yang kita tiada stok. Kita tambah stok lagi. Borong lagi. Kitaran ini berulang dan terus berulang. Akibatnya lambakan stok berlaku dan jalan akhir selalunya ialah membuat jualan murah, sekurang-kurangnya pulang modal. Sebagai peniaga kecil yang baru bermula dengan modal kecil, ianya sedikit sebanyak membebankan dan menjejaskan emosi niaga.

Tambahan pula ini adalah bisnes sampingan beliau. Bekerja sambil berniaga. Beliau bertanyakan alternatif yang ada untuk mengelakkan berlakunya perkara sebegini. Saranan saya mudah sahaja, DROPSHIP. Bagi mana-mana suri yang mahu berjinak-jinak dengan bisnes kecil, saya amat galakkan kita bermula dengan kaedah dropship. Untuk mengetahui apa itu konsep dropship secara analogi, boleh rujuk ke artikel lama saya: klik di sini.

Kenapa dropship sangat sesuai bagi mereka yang mula berjinak-jinak dengan bisnes kecil terutamanya para suri yang bekerja sambil berniaga atau pun surirumah sepenuh masa yang berbisnes dari rumah? Mudah sahaja. Dengan kaedah dropship anda …

  1. Untung atas angin
  2. Tidak perlu keluarkan modal.
  3. Tidak perlu menyimpan stok.
  4. Tidak perlu bersusah payah mengambil gambar produk, mengupah model dsb.
  5. Tidak perlu lakukan urusan penghantaran produk.

Apa yang anda perlu dengan kaedah dropship ialah membuka “channel” pelanggan melalui media sosial, blog, website serta promosi mulut ke mulut. Semua itu percuma bermodalkan usaha yang konsisten. Kini terdapat banyak syarikat yang membantu suri di luar sana untuk berjinak-jinak dalam dunia niaga dengan kaedah dropship. Antaranya ialah jenama besar seperti Anak Alidz yang memasarkan produk pakaian muslim dan muslimah bagi kalangan dewasa dan kanak-kanak dalam potongan yang menarik serta memenuhi kehendak pasaran. Jenama Anak Alidz juga menawarkan sistem sokongan pemasaran bagi mereka yang mendaftar sebagai Agen Dropship atau pun pengedar bagi produk keluaran mereka.

Anak Alidz

Akhir sekali yang paling utama, dengan berjinak-jinak dalam dunia niaga dengan kaedah dropship, kita dapat belajar secara “hands-on” atau “turun padang” tentang selok belok bisnes yang bakal kita terjun secara serius satu hari nanti dengan risiko yang hampir zero. Kita tidak perlu menanggung apa-apa implikasi jika produk tidak keluar. Para suri, jika teringin mencuba untuk berbisnes, tetapi masih takut-takut, DROPSHIP lah jawapannya untuk anda.

Didoakan perkongsian ringkas ini sedikit sebanyak membantu.

Bertemu lagi!