Bina Komunikasi dan Kepercayaan

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

 cuciladam2

cuciladam1

cuciladam3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gambar di atas kelihatan anak-anak saya sedang mencuci ladam kuda.

Bukan sebarangan orang boleh mengendali kuda kerana telah terbukti kuda mempunyai ‘sixth sense’ di mana kajian saintifik para penyelidik di Sweden telah membuktikan bahawa pertambahan degup jantung kuda akan bertambah dengan bertambahnya degup jantung penunggangnya. Ini bermakna jika penunggang kuda tidak punya keyakinan serta penuh kerisauan, ianya juga akan membuatkan kuda merasa perkara yang sama. Keadaan-keadaan sebeginilah yang membuatkan kuda tidak mahu berjalan, berang, buat hal dan sebagainya. Secara langsung atau tidak langsung akan memberi risiko kepada penunggangnya.

Perlu ada ‘komunikasi’ dan ‘kepercayaan’ yang kuat antara kuda dan penunggangnya. Tanpa kedua aspek ini penunggang kuda takkan mampu mengendali kuda. Biar secomel dan sekecil mana kuda tersebut.

Saya suka gunakan kisah ini sebagai analogi kenapa perlunya membina ‘tribe’ atau pengikut samada melalui blog dan media sosial terutamanya bagi suri yang mahu mula langkah bisnes kecil. Blog dan media sosial merupakan medan percuma komunikasi dan membina kepercayaan yang sangat efektif. Manusia hanya mahu berurusan dengan orang yang mereka rasa selesa dan telah ada rasa percaya. Adanya 2 perkara ini memudahkan kita menjemput rezeki. Memudahkan rezeki ulangan.

Didoakan ada manfaatnya perkongsian ringkas ini.

Wassalam.

Tags: