Bijak Kendali Belanjawan Keluarga – Majalah Nur

Teks: Azura Abdullah
Foto: Majalah Nur, Edisi Januari 2015

Majalah Nur Januari2015: Bijak Kendali Belanjawan Keluarga

Majalah Nur Januari2015: Bijak Kendali Belanjawan Keluarga

Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki dalam pelbagai cara.
Penutup 2014 yang positif.
Penulisan blog yang tidak pernah sia-sia.

Teruja sekali bila melihat ruangan ‘Sorotan Utama’ berkongsi mukasurat 81 bersama suri hebat idola kewangan saya Puan Hajah Rohani Dato’Hj.Mohd Shahir yang juga merupakan pengasas Hijrah Wealth Management.

Didoakan perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membantu pembaca Majalah Nur edisi Januari 2015 (sudah berada di pasaran) membuat persediaan belanjawan 2015.

Terima kasih Editorial Majalah Nur, Puan Lieya Jais dan Puan Noorain Norman atas peluang yang diberikan.