Bersiaran Di Majalah Era Muslimah BIL28 Oktober 2014

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah. Dengan izinNya disulami konsistensi menulis di ruang maya www.azuraabdullah.com dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman melalui dinding media sosial, saya dihidu oleh Puan Editor Yang Dirahmati Allah swt, Puan Nik Fauziah Nik Hussin. Ini merupakan kali ke 4 kemunculan saya di media dalam tempoh 9 bulan saya sepenuh masa bekerja di rumah. Alhamdulillah Ya Allah SWT, sesungguhnya nikmat apakah lagi yang saya mahukan?

Bersyukur ke hadrat Ilahi setiap jerit perih saya menulis di bawah kumpulan sokongan Akademi Bekerja Di Rumah yang diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad benar-benar membawa saya melangkah jauh dari apa yang sangkakan. Bermula dengan blog yang ditulis mengikut terma penulisan yang betul, saya kemudiannya dengan mudah dapat pindahkan informasi di dalam blog menjadi ebook. Maka lahirlah ebook ‘Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri’. Beberapa bulan yang lalu ebook ini telah berjaya memikat hati penerbit dan bakal diterjemahkan ke naskah fizikal pula. Nantikan kemunculan saya dalam sebuah portal online dan buku fizikal pertama saya pada penghujung bulan November 2014 ini ya!.

2

Menulislah walau sebaris ayat. Saya bertuah kerana semenjak dari zaman saya bekerja sebagai jururutera lagi saya mendapat sokongan kuat dari bekas bos-bos saya. Mereka tahu saya minat menulis. Sayalah tukang karang cerita untuk ‘newsletter’ jabatan dan sayalah juga tukang karut laporan jabatan. Jika ada pembentangan kepada jabatan kerajaan, sayalah juga mangsanya. Walaupun saya agak kekok pada mulanya apabila benar-benar fokus pada penulisan setelah meletakkan jawatan kerana dahulunya medium komunikasi dan penulisan di tempat kerja adalah Bahasa Inggeris. 9 bulan di rumah menulis secara latih tubi sudah cukup untuk mengembalikan saya semula ke trek Bahasa Melayu. Alhamdulillah. ‘Practice Make Perfect’.

3

Dalam artikel-artikel saya sebelum ini saya banyak menulis tentang pentingnya berkongsi maklumat bermanfaat kepada audien untuk membina kepercayaan di kalangan pembaca yang seterusnya bakal menjadi pengikut anda. Usah memberi alasan tiada idea atau tiada apa yang mahu dikongsikan. Hidup itu sendiri satu pembelajaran. Jika anda boleh secara konsisten menulis di dinding media sosial anda pasti boleh menulis di dada blog juga. Trend sekarang ialah, ‘FREE IS MARKETING’, bermakna anda berkongsi maklumat secara percuma dan peminat-peminat anda kemudiannya dengan penuh rasa percaya akan terima produk, pakej dan servis jualan anda. Itulah yang jutawan percetakan dan penerbitan besar Puan Ainon Ahmad sedang lakukan. Perkongsian melalui penulisan benar-benar membantu di dalam bisnes kecil mahupun besar. Jika orang-orang besar berlumba-lumba mengambil kesempatan ini kenapa tidak kita yang tidak punya bajet besar untuk pemasaran memanfaatkannya.

4

 

Penulisan di blog juga memudahkan kerja wartawan dan penerbit dalam mencari bahan. Saya telah membuktikannya dan saya jemput suri-suri di luar sana untuk bersama saya mencipta kejayaan.

Sekian untuk kali ini dari saya dan jangan lupa dapatkan Majalah Era Muslimah BIL28 Oktober 2014. Saya berada di ruang bertajuk, ‘IBU ISTIMEWA, ANAK ISTIMEWA’ sebanyak dua setengah muka surat.

Salam kasih sayang dari saya.

Wassalam.