Berbeza Itu Ok!: Runsingnya Hati

Teks: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berbalik kepada tajuk “Berbeza Itu Ok!”, masih teringat pada bulan pertama saya melahirkan Irfan saya sering menangis dan memikirkan perkara yang bukan-bukan terutamanya bagaimana nantinya Irfan meneruskan kehidupan dengan kekurangan fizikal pada dirinya. Bercakap memang mudah tetapi bahu yang menanggung ini tambah lagi anak yang pertama dan saya sendiri anak sulong dari 6 beradik. Bukan mudah.

2 minggu pertama setelah bersalin, Irfan pula ditahan di wad kerana overdue 8 hari dan termakan najis di dalam kandungan, jadinya Irfan perlu berada di wad untuk mendapatkan bantuan oksigen dan lain-lain rawatan untuk kembali sihat. Sedih hati hanya Allah swt yang tahu dengan tangan comel dan wayar berselirat di badan. Saya tak mampu nak biarkan Irfan di hospital, setiap hari selepas waktu kerja dengan beralaskan ilam tebal di atas kerusi kereta saya gagahkan diri ke hospital memberi susu badan yang dipam kepada Irfan. Sedar tak sedar 2 minggu berlalu dengan pantas, saya sangat gembira dengan rutin harian bertemu Irfan di wad, setiap hari terasa begitu lambat menunggu encik suami pulang dari pejabat. Akhirnya si comel saya dapat pulang ke rumah. Cabaran dunia luar kini bermula!

Sambung lagi nanti ya!

Wassalam.