Berbeza Itu Ok!: Kuasai Diri

OTeks: Azura Abdullah
Foto: Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kita sambung lagi motivasi Berbeza Itu Ok!. Para suri yang punya anak istimewa, keluarlah dari tema mengasihani diri (self pity).  Sebaliknya terokalah dunia anak istimewa anda sedalam mungkin. Jadikan diri kita handal sang perwira tentang apa saja perkara dan selok belok perihal berkaitan keistimewaan anak istimewa kita. Hanya dengan itu sahaja baru kita dapat merancang langkah seterusnya dan benar-benar dapat melangkah.
Usah disimpan anak istimewa di rumah. Buang jauh-jauh perasaan malu dan kurang yakin diri. Bawa keluar untuk sama-sama meneroka dunia dan belajar ilmu dunia. Bukan sahaja anak yang perlu belajar tetapi ibubapa itu sendiri.  Banyak ilmu perlu dicari dan diisi disegenap ruang kosong minda dan hati para suri merangkap ibu anak-anak istimewa ini. Saya perhatikan sesetengah ibubapa malu untuk membawa anak-anak istimewa mereka keluar untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lainnya. Impak kepada luahan rasa rendah diri ibubapa ini akhirnya melahirkan anak-anak istimewa yang amat bergantung kepada orang lain.
Ingatan kepada diri saya sendiri dan para suri di luar sana, berlaku adillah dengan zuriat kita, usah disimpan mereka. Mereka juga mahu meneroka dunia sama seperti kita yang normal tetapi berperangai kurang normal.
Bersambung lagi!
Wassalam