Berbeza Itu Ok! : Ada Buat Apa-Apa Kot.

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Irfan sewaktu bayi.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sepertimana yang saya janjikan sebelum ini, saya akan menyambung entri “Berbeza Itu Ok!”. Hari ini saya ingin mulakan dengan pengalaman saya melahirkan Irfan. Saat yang di tunggu akhirnya tiba. Tanggal 21hb April, 2000 saya melahirkan Irfan secara normal ditemani suami, mak dan abah di Hospital Pakar Bersalin Selasih, Kulim, Kedah. Belum sempat saya melihat Irfan saya diterjah jururawat yang membantu doktor, ” Ada buat apa-apa kot masa mengandung”. Allahurabbi. Bagai ditusuk jantung saya mendengar ucapan jururawat pencen dari hospital kerajaan itu. Entah apa yang menanti saya hingga begitu ucapannya. Doktor berdehem memberi amaran kepada jururawat tersebut untuk diam. Akhirnya Irfan diletakkan di atas dada saya oleh doktor. Alangkah indahnya melihat bayi comel bermata segar bugar pertama kalinya. Saya tidak peduli lagi walaupun permata saya berbeza, tangannya hanya satu. Perasaan keibuan yang amat indah meresap dihati, penuh, berbunga. Sangat indah. Irfan saya peluk dan cium. Jururawat tersebut berlalu pergi.
Terasa emosi pula nak siapkan entri ini. Saya sambung nantinya ya.
Wassalam.