Berbeza Itu OK!

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Berbeza Itu OK!

Ada juga ketikanya Irfan pulang dari sekolah dengan penuh rasa kecewa.

“Awat tu?”, sapa saya apabila melihat muncung Irfan panjang sampai ke Kedah.

“Hmmh. Tadi waktu kelas KH (kemahiran hidup). Orang yang siap last sekali projek. Macam mana nak buat cepat dengan tangan sebelah. Sebelah lagi pakai tangan palsu pulak. Malaih dah orang nak pakai. Ganggu betui. Kawan-kawan pun…”

Diam.

Lama diam.

Saya biarkan sahaja Irfan melayan rasa.

Biar anak kelainan upaya bertangan satu ini lalui sendiri realiti hidup.

Itu baru kecil sahaja ujian jatuh bangun kehidupan.

Dunia bukan sentiasa manis.

Azura Abdullah
Kadang-kadang Hati Tisu

#berbezaituok
#anakkutangan1hadahdarisyurga
#catatanmekzurots