Berbeza Itu Ok!

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

berbeza itu ok

“Buat apa waktu mengandung?”
Allah! Soalan apakah ini yang datang dari bibir merah menyala jururawat yang layak saya panggil emak ini. Masih di dalam dewan bersalin dan belum pun sempat saya menatap wajah cahaya mata pertama saya yang amat dinantikan, sudah diasak dengan soalan sebegini. ‘Ujian apakah ini Tuhan?’

Comelnya! Doktor meletakkan si kecil bertangan satu di atas dada saya. Walaupun bertangan satu, engkau tetap jantung hati ibu wahai anakandaku. Menitis airmata tanpa sedar saat hadiah dari syurga ini diazankan oleh abahnya.

Ibu tahu Allah SWT mahu berikan lebih dari seorang cahaya mata kepada ibu. Lebih dari itu. Ibu tahu. Ibu sangat pasti.

Antara kenangan pahit manis pada tarikh 21hb.April, 2000.

‪#‎berbezaituok‬

‪#‎anakkutangan1hadiahdarisyurga‬
‪#‎yesvocket‬