ebook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

ebook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri

Bismillah. Alhamdulillah. Akhirnya naskah sulong saya sedia untuk menemui para suri di luar sana.
Bukan sebuah coretan magis!
Tetapi sebuah perkongsian tulus dari hati!
* Terima kasih Abe Mohd Hadzrami Abdullah beri kepercayaan pada ambo bekerja dari rumah dan meninggalkan pekerjaan selesa.
* Terima kasih Puan Masayu Ahmad kerana memberi peluang pada saya tumpang bermain di padang yang telah sedia hijau subur iaitu Akademi Bekerja Di Rumah. Hanya yang istiqamah akan mendapat manisnya. Terima kasih pada semua yang memberi sokongan.

ebook bekerja & berniaga: panduan untuk suri

Lahirnya ebook ini adalah atas rasa tanggungjawab saya untuk memanjangkan ilmu dan pengalaman yang saya kutip sepanjang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di utara tanahair dalam masa yang sama saya mengusahakan perniagaan kecil secara online dan offline (butik). Saya ambil ini sebagai tanggungjawab sosial saya untuk beri kesedaran kepada suri tentang pentingnya menyediakan payung sebelum hujan.

Saya bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan hebat. Pendapatan perniagaan kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala saya bermajikan dulunya. Saya juga tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya di atas pengalaman yang saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun dalam dunia perniagaan kecil ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman jatuh gaung. Sekali lagi saya tekankan ebook ini bukan tentang teori magis untuk kaya jika itu yang anda harapkan.

Melalui pengalaman diuji dengan kesihatan suami yang kritikal menguatkan lagi azam dan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi pengalaman berharga ini. Langit tak selalunya cerah, panas belum tentu hingga ke petang. Tak menentu sebagaimana fenomena cuaca dunia kini. Sumber pendapatan ke 2 dari perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan atas rasa minat dulunya itulah yang telah menyelamatkan kami sekeluarga bilamana suami saya sakit kritikal diserang penyakit angin ahmar. Hilang satu sumber punca pendapatan keluarga. Komitmen yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan tetap sama, tetap berdasarkan pendapatan 2 orang. Ianya ujian yang besar bagi saya sekeluarga. Walaubagaimanapun saya kurang merasa impak dari segi kewangan kerana sumber pendapatan perniagaan kecil yang saya usahakan sambil bekerja ketika itu telah banyak membantu. Ianya benar-benar memayungi kami sekeluarga ketika hujan dengan izin Allah SWT.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, kini saya telah melangkah setapak lagi dengan kembali ke fitrah menjadi isteri dan ibu sepenuh masa yang bekerja di rumah. Kini saya telah bergelar WAHM (working at home mom). Terima kasih kepada perniagaan kecil yang diusahakan ketika masih bekerja dulunya yang kini telah memberi peluang saya bersara dari dunia bermajikan sebelum umur mencecah 40. Terima kasih kerana telah memberi saya peluang menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di depan mata. Terima kasih kerana kini masa itu milik mutlak saya sendiri. Saya tidak terikat dengan sesiapa lagi. Alhamdulillah. Saya doakan para suri pembaca ebook saya ini juga bakal menyusul saya nantinya. Tiada yang mustahil.

ebook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri

Hanya RM50.00 dengan bonus ebook 101 Home Based Bisnes nukilan Puan Masayu Ahmad (Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah) sendiri.
Maklumat lanjut di sini ya:

http://bekerjaberniaga.blogspot.com/

http://azuraabdullah.com/

Fanpage: Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri

Tags: