Bayar Tunai

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Cuti sekolah baru-baru ni poket suam-suam kuku sahaja. Tapi hati kasihankan anak-anak yang terperuk sahaja di rumah dan hanya sibuk dengan rutin kelas tambahan sekolah di musim cuti sekolah. Muka sorang-sorang dah macam pelam masam 3:).
Dan yang paling penting cuti sekolah belum lagi diisi dengan aktiviti wajib bersama alam iatu memancing dan berendam.
Tak apalah ada sedikit berbaki tu ibu dan abah akan korek dan bawa bercuti ke Tasik Pergau.

Makanya kami pun dengan gigihnya mengemas apa yang patut dan bertolak dari Pulai Chondong. Kemudiannya kami singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak dan mengambil wang di mesin ATM stesen tersebut.
Suami standby untuk mengisi minyak dan saya masuk ke dalam bayarkan duit minyak.

Saya terus sahaja ke mesin ATM. Kad ATM suami dicucuk. Eh! Kenapa pula tak boleh, salah nombor pin. Berjalan ke kereta semula dan bertanya suami ada tukar nombor pin atau tidak.

“Allah! Kan abe tukar kad baru, patah hari tu. Lupa pulak nak activate di mesin ATM xxxbank. Kalut apa tah tak ingat.”

“Tak pa abe. Zura transfer online masuk akaun zura. Ambik guna kad zura,” ujar Mek Zurots yang sentiasa geliga otaknya jika bab-bab pitih ini. Kihkihkih.

Saya terus melangkah ke dalam stesen minyak kembali, sambil tangan ligat mahu buat transaksi online.

Sudah! Service Unavailable pulak dah. Under maintenance. Pengsan. Dah lah dalam akaun ahkak ada 2 kupang sajo. Nak bayaq chalet Tasik Pergau itu bagaimana dong?

Dari jauh saya lihat suami saya iaitu Abe Mie yang selim melim itu bersama beberapa jejaka sado yang lain sedang menolak lori kecil.

Tet tet! Tet tet! Ada mesej masuk.

“Zura, aku bayaq RMxxx dulu na bulan ni. Aku bank-in dah kat hang tadi. Patut masuk dah. Terima kasih na Zura tak berkira dengan aku.”

Hoyeh! Rasa macam nak lompat bintang kat situ jugak.

Makanya Mek Zurots terus menekan butang ATM dan mengorek segala yang ada untuk dipindah milik kepada Chalet Tasik Pergau. Hehehe. Tak dan panaih pun duit orang Kedah kata.

Waktu dalam kereta Abe Mie tanya, “Buleh ko transfer?”

“Tak buleh. Line problem kot. Tapi ada duit masuk akaun Zura.”

“Duit gapodio?”

“Duit upoh abe tolak lori tadi…hehehe. Cepat sungguh Allah swt bayar kan Abe. Bakpo lori dio tadi?”

Saja nak kongsi.

Azura Abdullah
Sedang gigih melompat bintang

#catatanmekzurots