Bahagia – Pilihan Di Tangan Kita

Teks : Azura Abdullah
Foto : Azura Abdullah

image

Sewaktu sedang menunggu giliran mengisi minyak sekejap tadi, mata masuk habuk lah pula tiba-tiba.

Ada sebuah motosikal meluru laju ke pam minyak.
Motosikal itu dibawa lelaki berkain pelikat, dibonceng seorang anak kecil comel (5 tahun saya kira) dan anak gadis remaja.

Berhenti sahaja motosikal, terus si comel memeluk perempuan pekerja pam minyak seusia saya.
Anak gadis remaja itu pula bersalam dan hulurkan bungkusan teh-o ais dan bekas berisi makanan.
Mereka bergelak ketawa sebentar sambil usik mengusik dan cuit mencuit.

Kemudian motosikal itu beredar dan pekerja pam minyak itu menyambung kerjanya dengan senyuman masih terukir.

“Anok ko Kak?”

“Ho anok mari antar bekal kijo male”

“Comel anok Kak”

Senyum.

Leka sungguh saya memerhati gelagat keluarga itu tadi.
Gembiranya mereka.

Saya ini sedang merungut di dalam kepala, kereta kapal selam banjir saya sudah siap.
Hampir 9 ribu melayang.
Itu pun belum sihat sepenuhnya.

Tidur dulu.
Assalamualaikum.

#inspirasisuri
#suribekerjaberniaga
#suriberhentikerjabergaya
#anakkutangan1hadiahdarisyurga