As Beauty – A Simple Beauty, Memelihara Anugerah Ilahi

*artikel berbayar tajaan As Beauty*

Cover As Beauty

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Puan Asmak_labeled

Puan Asmak yang membahasakan diri beliau sebagai Kak As. Penuh inspirasi. Bermula berniaga ketika masih bekerja, perlahan-lahan mengatur melangkah. Ikuti kisah beliau.

“Takpa Zura. Anak Zura lagi penting. Tumpu kat anak dulu. Artikel Kak Asma bila-bila pun takpa. Zura toksah dok risau”, balas Puan Asmak dalam loghat Kedah pekat beliau.

Terharu sungguh saya dengan respons Puan Asmak. Saya mahu pulangkan wang kepada beliau kerana saya terikat dengan urusan anakanda saya yang masuk hospital selama 2 minggu. Tetapi Puan Asmak menolak dan mohon saya usah risau. Terharu sungguh. Anakanda beliau juga sama. MasyaAllah, sebagaimana cantiknya acuan begitulah anak-anaknya, sangat berbudi bahasa. Mudah sangat berurusan dengan Puan Asma anak beranak. Sampel produk yang dihantar kepada saya apabila saya jumlahkan, MasyaAllah, bernilai lebih RM1,000.00. Tidak hairanlah beliau murah rezeki kerana tidak lokek memberi dan berkongsi rezeki dengan orang lain.

Apabila saya teliti tagline label As Beauty pula, ‘A Simple Beauty, Memelihara Anugerah Ilahi’, masyaAllah, kena sungguh dengan akhlak dan displin keluarga mereka ini. Menulis ialah salah satu mesin duit saya, walaubagaimanapun saya ada kriteria saya sendiri untuk menerima tugasan dan tidak akan main tangkap muat kerana tugasan yang saya wakili juga bakal memberi refleksi kepada saya. Pastinya saya selektif dalam menerima sebarang tawaran menulis artikel, serba sedikit homework akan dilakukan dahulu dan saya selalunya akan memberi peluang berlaku komunikasi dua hala supaya saya dapat mengenal peribadi empunya badan. Jika rekomendasi datang dari rakan-rakan saya, ianya menjadi lebih mudah. Pada saya cerita di sebalik sesuatu penulisan menjadi lebih bermakna jika kita dapat memahami ‘nilai yang dibawa’ pemiliknya dan juga di sebalik sesuatu produk. InsyaAllah.

Puan Asmak_bolajaring_1

Puan Asmak aktif terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Antaranya ialah sukan bolajaring. Seorang yang ringkas dan mudah didekati serta disenangi masyarakat setempat.

Puan Asmak Md.Noor sekeluarga menetap di Pendang Kedah dan mempunyai 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Dulunya Puan Asmak merupakan seorang guru dan suaminya bekerja sendiri dan juga melibatkan diri dalam bidang pertanian. Kini Puan Asmak sekeluarga menumpukan sepenuh masa kepada bisnes keluarga mereka di bawah syarikat ZMN Makaha Global Sdn.Bhd yang ditubuhkan pada 8 tahun lalu sempena singkatan nama ahli keluarga mereka sendiri.

Ketika ditanya apakah inspirasi beliau mengeluarkan produk As Beauty, Puan Asmak berkongsi yang satu ketika dahulu beliau sendiri pernah tersalah langkah menggunakan produk yang tidak selamat dan mengakibatkan kulitnya rosak. Setelah kulit muka beliau pulih dan kembali sihat serta segar beliau merasakan adalah amat penting untuk beliau memikul tanggungjawab sosial dalam mendidik dan menyediakan produk selamat, berkesan dan mampu milik kepada masyarakat. Kena benar dengan tagline ‘Memelihara Anugerah Ilahi’. As Beauty lahir atas rasa tanggungjawab sekitar tahun 2006. Dari situ rakan-rakan beliau sendiri berminat untuk mencuba produk yang beliau gunakan. Akibat kekurangan modal Puan Asmak tidak menoleh ke belakang lagi dan dengan izin suami yang amat memahami dan memberi sokongan tidak berbelah bagi, beliau mengambil keputusan untuk mencagarkan gelang tangan perkahwinan mereka ke Ar-Rahnu untuk mendapatkan suntikan modal.

Puan Asmak di dalam akhbar Kosmo, berkongsi inspirasi.

Puan Asmak di dalam akhbar Kosmo, berkongsi inspirasi.

Berkat kesabaran dan restu suami, kedua ibubapa serta sokongan adik-beradik produk AS Beauty kemudiannya meletup di pasaran dan ianya di luar jangkaan beliau sama sekali. Tidak sampai 5 bulan selepas itu Puan Asmak berjaya menebus kembali gelang tangan perkahwinan tanda kasih sayang mereka. Itulah titik mula Puan Asmak meninggalkan kerjaya selesanya sebagai seorang guru setelah 32 tahun perkhidmatan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan As Beauty. Satu keputusan yang tidak mudah tetapi amat berbaloi dan beliau melakukannya atas dasar tanggungjawab menjaga nama profession perguruan dan tidak mahu dipandang serong.

Lahir dari keluarga bisnes, bonda Puan Asmak sendiri seorang peniaga. Beliau menjual kain batik dan menjahit baju Kedah untuk dijual. Manakala neneknya pula akan membantu menjaja kain batik dan baju Kedah tersebut ke serata kampung di daerah Sik. Manakala ayah beliau pula merupakan seorang guru. Tugas beliau sebagai seorang guru bermula pada pukul 9 pagi tetapi masa tidak beliau sia-siakan begitu sahaja. Awal pagi lagi ayah beliau sudah keluar menoreh getah sementara menunggu waktu bertugas sebagai guru bermula. Dengan pendapatan sebagai seorang guru sebanyak RM60 sebulan dan pendapatan tambahan menoreh, berniaga kain batik dan baju Kedah, kedua ayah dan bondanya berjaya membesarkan mereka adik beradik.

Menurut Puan Asmak yang santai membahasakan diri beliau sebagai Kak Asma, yang penting bagi beliau ialah menggembirakan kedua ibubapa beliau dan beliau amat gembira mereka adik-beradik dapat merasa hasilnya bersama-sama. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, sememangnya Puan Asmak yang merupakan pemegang saham terbesar syarikat serta 7 orang adik-adiknya memperolehi aura positif dari kedua ibubapa mereka. Puan Asmak tidak malu dan berasa amat bangga kerana kedua ibubapa beliau dan neneklah merupakan guru pertama beliau dalam bisnes. Segala perit jerih yang dilalui bersama kedua ibubapanya sangat mahal harganya. Ilmu halus yang tidak dapat dipetik dari mana-mana buku. Impian Puan Asmak ialah mahu membantu wanita dan suri rumah di seluruh Malaysia menerusi As Beauty menjana pendapatan sampingan dan pihak syarikat beliau ZMN Makaha Global Sdn Bhd telah membuktikannya dengan ada di antara ejen mereka yang berjaya membuat jualan sehingga RM700,000.00 setahun. Hebat bukan! Pembaca sekalian juga boleh lakukannya.

Antara rangkaian produk As Beauty.

Antara rangkaian produk As Beauty.

Produk kecantikan di bawah label As Beauty telah diuji di Biro Pengawalan Farmaseutikal, Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat notifikasi produk dari Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2010. Antara kejayaan besar label As Beauty ialah menyertai Pameran Philbeauty Expo ni Manila, Filippina,  Pameran  Expo In Islamic Lifestyle di Terengganu, Pameran Every Women Expo di PSL Convention Center Ipoh, Pameran MOSTI di PWTC dan As Beauty juga berjaya mencapai jualan tertinggi sehingga 1 juta sebulan.

3 in 1 Facial Treatment

Set kegemaran ramai, 3 In 1 Facial Treatment. Mudah dan ringkas.

Antara produk As Beauty yang memikat dan melekat di hati pengguna ialah produk 3 in 1 Facial Treatment. Saya sendiri diperkenalkan oleh adik saya dengan set ini dan masih menggunakannya hingga sekarang. Saya selesa kerana ianya ringkas dan sesuai dengan saya yang sentiasa mahu cepat. Gelap mata saya membelek setiap satu produk kiriman Puan Asmak, semuanya mengancam belaka. Rasa seperti nak pakai semua…hehehe.

 

Pelbagai jenis sabun dengan khasiat Vitamin E dan Refreshing Toner.

Pelbagai jenis sabun dengan khasiat Vitamin E dan Refreshing Toner.

Produk terbaru As Beauty yang baru memasuki pasaran ialah ‘Barut Bersalin Ramuan Pusaka Bidan’. Ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata sudah boleh menabung untuk mendapatkannya.

Set Barut Bersalin Ramuan Pusaka Bidan

Set Barut Bersalin Ramuan Pusaka Bidan

As Beauty Anti Wrinkles Solution dan As Night Repair. Ini pun best.

As Beauty Anti Wrinkles Solution dan As Night Repair. Ini pun best.

Serum Aroma Terapi untuk Wajah, Badan dan juga Wanita.

Serum Aroma Terapi untuk Wajah, Badan dan juga Wanita. Di sebelah kanan pula ialah krim malam dan siang untuk pencerahan dan kesegaran kulit.

Collagen

Collagen dari pelbagai jenis buah berri. Tak sabar nak cuba.

Pada tahun 2015, As Beauty telah mengembangkan jaringan perniagaan mereka dengan membuka sebuah butik kasut MEDIFEET dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. InsyaAllah dalam masa terdekat satu cawangan lagi akan dibuka di Jitra, Kedah menjadikan syarikat Puan Asmak sebagai pengedar utama Medifeet di utara tanahair. Puan Asmak juga mempunyai perniagaan servis kereta yang dikendalikan oleh anak beliau, AS Tune Up. MasyaAllah, menjadi dan murah rezeki sungguh Puan Asmak sekeluarga. 

Rakan-rakan suri dan pembaca yang berminat untuk menambah pendapatan atau mendapatkan produk berkualiti As Beauty boleh lah hubungi Puan Asmak melalui maklumat berikut:

ZMN Makaha Global Sdn. Bhd
No 57 Taman Mawar,
06700 Pendang
Kedah
Tel :  +604-759-0734
H/P : +613-300-7541 (Tuan Zulhakimi – Marketing Department)
Laman web: http://www.asbeauty.com.my/
Facebook Fanpage: As Beauty Page
Instagram: asbeauty_hq