Anakku Tangan Satu – Hadiah Dari Syurga

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT dengan izinnya saya diberi peluang untuk berkongsi pengalaman di salah sebuah portal maya Tazkirah.net bersama penulis-penulis lain yang hebat. Kerdilnya saya. Didoakan usaha dakwah kecil ini dapat membantu mengubah landskap pemikiran rakyat Malaysia khususnya terhadap hadiah dari syurga ini. Yang baik itu datang dariNya dan yang kurang itu dari saya sendiri.

Hadiah Dari Syurga

“Buat apa waktu mengandung?”

Allah! Soalan apakah ini yang datang dari bibir merah menyala jururawat yang layak saya panggil emak ini. Masih dalam dewan bersalin dan belum pun sempat saya menatap wajah cahaya mata pertama saya yang amat dinantikan, sudah diasak dengan soalan sebegini. ‘Ujian apakah ini Tuhan?’

Comelnya! Doktor meletakkan si kecil bertangan satu di atas dada saya. Walaupun engkau hanya bertangan satu, engkau tetap jantung hati ibu wahai anakandaku. Menitis air mata tanpa sedar saat hadiah dari syurga ini diazankan oleh ayahandanya. Ibu tahu Allah SWT mahu berikan lebih dari seorang cahaya mata kepada ibu. Lebih dari itu. Ibu tahu. Ibu sangat pasti.

Untuk teks penuh, jemput ke http://tazkirah.net/hadiah-dari-syurga-anakku-tangan-satu/

Didoakan ada manfaatnya.