Ada Apa Dengan Americas Got Talent ?

Teks : Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah & Carian Google
 
americas got talent

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya berpeluang menonton siaran ulangan rancangan realiti popular di Amerika Syarikat iaitu Americas Got Talent.  Misi para peserta ialah untuk menarik perhatian pengadil untuk mengundi mereka ke peringkat yang lebih tinggi dalam rancangan realiti ini. Respon penonton tidak dikira. Keputusan pengadil semata-semata.

Kebetulan dalam diskusi saya bersama rakan-rakan ada menyentuh tentang betapa letihnya dengan cakap-cakap orang. Walaupun diskusi bersama rakan-rakan lebih kepada persoalan personal, sebenarnya ianya juga sangat relevan dalam skop professional. Sebagai manusia biasa kita sering menjadi tertekan dengan cakap-cakap orang samada saudara mara, ipar duai, jiran tetangga, rakan sekerja atau rakan sebaya. Sekali lagi ditekankan tekanan ini tidak kira akan datang di alam personal atau professional.  Secara asasnya kita tidak hidup untuk orang lain atau memenuhi cakap-cakap orang lain. Yang utama ialah kita berjaya menarik perhatian Yang Maha Pengasih Dan Penyayang dengan amal ibadat dan tingkah laku kita yang betul.

stress

Sekarang mari kita berbalik kepada punca datangnya tekanan itu sendiri serta bagaimana meminimumkan tekanan dan risiko kepada keputusan yang kita ambil. Kita ambil program Americas Got Talent yang saya tonton tadi sebagai analogi. Berbagai jenis bakat cuba peserta ketengahkan untuk menarik perhatian pengadil dengan berbagai tahap risiko yang bakal mereka hadapi seperti kecederaan dan sebagainya. Sepanjang persembahan mereka, penonton memerhati. Ada yang bertepuk tangan, ada yang bersorak gembira dan ada juga yang menerima respon negatif seperti di “boo” oleh penonton. Ditekankan di sini sekali lagi, hanya pengadil yang punyai mandat membuat keputusan. Sebelum peserta-peserta ini hadir pada sesi persembahan, pertama sekali keputusan harus dibuat untuk memasuki pertandingan ini. Kemudiannya disusuli dengan latihan demi latihan hingga akhirnya sampailah ke hari persembahan sebenar.

syy

Begitulah halnya dalam kehidupan kita, kita takkan dapat lari dari tekanan. Setiap keputusan yang kita ambil perlukan persediaan rapi. Jadi bagaimana mahu meminimumkan tekanan dan risiko itu? Satu kelemahan nyata para suri dan sudah termaktub dalam banyak hadis tentang bahayanya mulut wanita. Inilah yang selalu para suri lakukan. Dengan adanya media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya kita mengetuk papan keyboard atau keypad seolah-olah kita bercakap. “Wahai dunia! Engkau perlu tahu semua.” Mana mungkin sebegitu aturannya. Insan-insan hebat di seluruh dunia pun tidak berperilaku begitu, memberitahu dunia setiap inci langkah dan keputusan diambil. Apatah lagi kita. Perlu ada tapisan atas setiap apa yang kita kongsi. Perlu lihat dengan siapa kita berkongsi. Waima saudara mara sendiri. Rambut sama hitam, dalam hati siapa yang tahu. Juga pengalaman dan latar belakang seseorang berbeza. Ada sesetengah orang melihat sesuatu dari gelas kaca yang kabur tidak dicuci bertahun-tahun. Maka kotorlah segala apa yang dilihat. Dan bertambah malang kita pula mendapat konsultasi percuma dari individu sebegini. Maka bertambah lagilah tekanan pada diri kita. Jadi siapa puncanya di sini?

finger

Kita selalu bercakap tentang “orang lain, engkau, mereka” lah puncanya.  Kita lupa bahawa 1 jari menuding ke arah orang lain terdapat lagi 3 jari menuding ke arah diri kita sendiri. Belajar untuk “reserve” atau “simpan sedikit” untuk diri sendiri. Jangan biarkan kita begitu mudah dan murah. Yang tertutup dan terlindung itu mahal harganya.

Berkongsi boleh, biar bertapis!

Didoakan ketukan keypad comel ini membawa manfaat.

Salam siaran dari Chalet Terapung Persatuan Nelayan Teluk Bayu, Sg.Petani.

Bersambung lagi!