All Eggs in One Basket : Kepentingan dan Keperluan Blog

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhmdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT, hari ini carian Google menggunakan kata carian “bekerja sambil berniaga” menunjukkan blog yang tak seberapa ini di tangga teratas mendahului nama-nama besar dan lebih berpengalaman seperti myMetro, Majalah Niaga dan lain-lainnya. 

Ramai yang masih keliru tentang kepentingan blog. Di dalam bisnes, selain membuat pemasaran produk di dalam blog, blog juga adalah sangat penting dan merupakan satu keperluan menjana modal sosial dan reputasi. Siapa yang yang mahu berurusan dengan mereka yang entah siapa-siapa. Bloglah ruangnya untuk anda memasarkan diri anda dan seterusnya membina keyakinan pembaca yang kemudiannya menjadi pengikut dan kemudiannya menjadi pelanggan. 


Pernah dengar pepatah Inggeris tentang “All Eggs In One Basket” ? Secara umumnya pepatah ini menceritakan tentang risiko meletakkan sesuatu sumber di satu tempat yang sama. Contoh telur di dalam bakul ini sangat bertepatan dengan trend terkini bisnes online di mana para peniaga online khususnya peniaga kecil hanya bergantung kepada kaedah pemasaran di fanpage melalui Facebook. Ini adalah sangat berisiko tinggi. Cuba bayangkan jika satu hari Mark Zuckerberg membuat keputusan untuk menutup Facebook apa akan terjadi kepada nasib peniaga-peniaga online yang bergantung keras semata-mata kepada Facebook. 

Umumnya para pembeli di dalam talian (online) di luar sana, jika mereka hendak mencari sesuatu produk, mereka akan terus ke carian Google, Mozilla dan sebagainya. Bayangkan jika kita hanya bergantung keras kepada Facebook, contohnya saya sendiri, berapa banyak hasil carian Google akan keluar atas nama Facebook “Azura Abdullah”? Beratus dan mungkin cecah beribu. Inilah pentingnya blog atau website. Tidak kira samada anda menggunakan domain percuma atau berbayar, yang penting perlu ada. Ianya adalah keperluan yang tidak boleh dipandang sipi.

Bagi yang masih belum punya blog boleh bermula kini. Bagi yang telah punyai blog tetapi tiada hala tuju, cari ilmu. Akademi Bekerja Di Rumah boleh membantu.

Bersambung lagi!

Wassalam.