Alahai Letihnya Bekerja

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Saya simpati pada ramai surirumah yang hubungi saya perihal stress bekerja dan urusan rumahtangga, ditambah pula dengan masalah kewangan. Saya juga mahu ucapkan terima kasih kerana memilih saya untuk berkongsi rasa.

Saya pun sama sahaja…manusia biasa, poket sekejap kembang kempis juga. Perit penangan banjir pun belum habis, ini tak lambat dah nak datang lagi musim banjir.

Saya tak tahu nak mula bagaimana cuma satu perkara sahaja yang saya rasa dapat menceritakan segalanya.

“Apa-apa pun pada saya kita perlu berbalik kepada asal kenapa kita bekerja dan mencari rezeki, InsyaAllah Allah swt akan susun ikut aturanNya dengan cantik untuk kita.”

Saya dulu pun macam orang lain. Almaklumlah bekerja pula di syarikat besar, terikut-ikut dengan rentak orang.
Bab kereta, bab rumah, bab kemahuan tak payah cakap…saya pun sama.

Cumanya saya bertuah diberi ingatan olehNya melalui suami.
Karektor suami saya sangat berbeza dengan saya, suami saya mewarisi karekter ayahnya yang sangat berjimat dan merendah diri, jadinya jika saya terlajak sahaja awal-awal lagi suami saya tarik handbrake.
(puji ni Abe Mohd Hadzrami…nok gele mas besar lengan…hewhewhew)

Jadi macam tu lah, seperti yang saya kongsikan dalam buku saya, sebagai wanita sebagai isteri kita duduk dan ambil masa sekejap untuk review kembali makna cukup kita.

- Betul ke kita perlu pakai kereta mahal-mahal sampai tercekik nak bayar bulan-bulan?
- Betul ke kita perlu kabinet dapur macam Kak Mah sampai kena buat personal loan, kita rajin benar ke masak?
- Betul ke kita perlu refinance rumah sebab nak dapatkan cash nak besarkan rumah kita, sebab nak selesa ke sebab kawan satu ofis rumahnya canggih?
- Ini antara soalan yang perlu kita tanya diri sendiri, bagi yang income dekat hidung.

Nanti penuh list ni.
Macam tu lah.
Cuba kita jujur dengan diri sendiri.
Kita boleh tipu semua orang tetapi tidak dengan diri sendiri dan yang Maha Memberi.
Bila kita sampai tahap rasa penatnya alahai bekerja, masa ini lah kita perlu check semula.

Saya dok mancing ni.
Tu yang free terlajak dok update.

Nota:

1. Peluang iklan untuk vendor-vendor berkaitan di ebook Panduan Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri masih dibuka.
#binarumahdiatastanahsendiri

2. Tempahan buku saya, BEKERJA & BERNIAGA: PANDUAN KEJAYAAN UNTUK SURI boleh dibuat melalui rakan-rakan saya iaitu Puan Dr. Najihah Abdul Mutalib, Puan Anys Idayu Zakaria, Puan Zaila Mohamad, Puan Nazurah Abdul Rahim, Puan Fauziah Nong Chik, Puan Eeta Sams, Puan Mazlina Che Yusuf.

3. Untuk belajar buat blog, belajar bisnes online bersama Akademi Bekerja Di Rumah boleh hubungi Puan Nazurah Abdul Rahim, Puan Fauziah Nong Chik, Puan Mazlina Che Yusuf.