Aduhai…Hilang Kunci Lagi!

Teks: Azura Abdullah
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni nak bercakap keluar tajuk sedikit. Perkongsian apa yang berlaku semalam. Saya blackout terus semalam. Entah di mana saya letak kunci kereta saya. Mujurlah kunci rumah ada. Kelam kabut pagi semalam nak ke pejabat dengan kuncinya tak jumpa, mesyuarat awal pagi, anak-anak perlu ke sekolah dan ada yang demam. Dugaan sungguh.

Akhirnya saya pasrah semalam. Kunci yang dicari tak juga jumpa. Inilah padahnya suka sangat lupa. Kunci asal sudah saya hilangkan lama dulu. Leka dan bertangguh tak dibuatnya kunci pendua. Nah! hilang terus yang ini pula semalam. Jenuh mencari ikhtiar membuka pintu kereta yang berkunci kalau-kalau saya jatuhkan di dalam kereta secara tak sengaja. Saya cuba mencari maklumat menerusi carian Google melalui kata kunci “how to break in your car”. Banyak rupanya informasi tentang cara-cara nak buka pintu yang terkunci di dalam youtube. Bagus untuk para suri mendapat serba sedikit gambaran tentang apa yang perlu dibuat jika berlaku kecemasan begini.

Walaubagaimanapun kereta yang saya pakai agak sukar untk mengaplikasi teknik-teknik di youtube itu. Akhirnya terpaksa meminta pertolongan adik dan kawan-kawannya. Alhamdulillah dapat dibuka kereta semalam. Tetapi kuncinya tidak ada pun di dalam kereta. Nampaknya pasrah kali ke dua. Hari ini terpaksa membawa tukang kunci ke rumah untuk membuat kunci kereta tersebut.

Kesimpulannya jangan bertangguh nak melakukan sesuatu. Masa tak menunggu untuk menjadi sesuatu yang tak diduga.

Alahai…ruginya masa saya hari ini. Terpaksa menghabiskan masa untuk perkara-perkara yang sepatutnya boleh dielakkan jika saya lebih berdisplin.

Bersambung lagi!

Wassalam.