Ujian Kebakaran Mendekatkan Kami – Bahagian ke 4

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Kebakaran May 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ini antara wajah-wajah penduduk kampung saya di Kedah, Kampung Permatang Durian yang saya sangat bangga.

17

Keluarga kami diuji dengan musibah kebakaran dan mereka inilah penawarnya. Datang menghulur bantuan siang dan malam tanpa alasan tanpa meminta imbuhan. Bergotong royong memasak di kala kaum adam sibuk meratakan rangka rumah. Segalanya diuruskan…lori, jentera penolak dan kami tidak dibenarkan memikirkan apa-apa.

18

Rumah ke dua ibu bapa saya menumpang teduh kini juga bertukar wajah, comel jadinya. Bersungguh-sungguh Pak Aq mahu mak & abah tinggal di situ walaupun kami sudah mencari rumah sewa di taman berdekatan. Sewa rumah pun tidak mahu diambilnya.

Di luar jangkaan saya masih kukuh nilai-nilai & semangat orang kampung tolong menolong di zaman gajet ini.

Sekejap lagi akan ada lagi rombongan bekas rakan sekerja bakal mengunjungi ke dua ibu bapa saya menghulur bantuan walaupun saya jauh di Kelantan.

Terima kasih semua. Tidak tahu lagi bagaimana saya ucapkan terima kasih. Kalian sentiasa di dalam doa saya.