Ujian Kebakaran Mendekatkan Kami

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah & Khairi Ridzuan Abdullah

Kebakaran Kulim Kedah May 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kaum keluarga, sahabat-sahabat terdekat yang prihatin, penduduk Kampung Permatang Durian, rakan-rakan dari NGO Wargakilang, Intel, SMKAK, UTM, ABDR, CBF Group, ABS serta kenalan FB & blog dan sesiapa sahaja yang telah membantu dari segi wang ringgit, barang keperluan dan sokongan moral tanpa mengira warna kulit dan partisan. Saya dan keluarga sangat tersentuh dengan semangat yang ditunjukkan. Walaupun semua itu tak dapat kembalikan rumah keluarga yang penuh dengan kenangan tetapi sedikit sebanyak ianya amat membantu untuk saya sekeluarga bermula semula terutamanya kepada bonda dan ayahanda saya.
Hanya Allah swt yang dapat membalas budi baik kalian.
Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!

Kebakaran Kulim May 2014 rev1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Terima kasih Dato Sri Mukhriz Mahathir yang menghantar wakil dari Pejabat Menteri Besar Kedah.
Terima kasih YB Cikgu Azman dari PKR.
Terima kasih YB Ustazah Dato Aishah dari PAS.
Terima kasih Tuan Wartawan dari Harian Metro.
Terima kasih pihak berwajib seperti BOMBA, JKM dan Polis yang memberi kerjasama.

Salam kasih sayang dari kami sekeluarga di Kulim, Kedah.