Barakah itu ialah kualiti pengisian masa kita

Teks: Azura Abdullah
Foto: Carian Google

 

Time

 

Bismillah.
“Barakah itu ialah kualiti pengisian masa kita”.
Sudah gunakan pagi yang singkat untuk menggoreng cekodok manis untuk anak-anak.
Manisnya bila anak-anak bertanya setiap pagi, hari ni ibu masak apa untuk sarapan.
Manisnya bila anak-anak berebut-rebut cekodok dari dapur yang belum sempat dihidang.
Biar dibawa manisnya air tangan ibu ke sekolah.
Sudah gunakan awal pagi yang singkat ini juga untuk sms mak yang dikasihi, bertanya khabar.

Masa untuk teruskan kayuhan mencari barakah pada hari ini.