1 Hari 1 Lembaran Quran

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Assalamualaikum

1 Hari 1 Lembaran Al-Quran

 

Sedang susun kembali buku-buku yang saya bawa ke hospital sewaktu anakanda Irsyad sakit ke dalam rak, terpandang satu bungkusan berbalut kemas.

Hampir lupa.
Naskah Al-Quran yang saya hadiahkan kepada suami sebagai hantaran perkahwinan.
Saya tinggalkan di dalam bilik mak sewaktu proses berpindah ke Kelantan pada Disember 2013.
Mak hari-hari membacanya.

Ujian Allah swt kepada kami sekeluarga, rumah mak dan abah di kampung hangus dijilat api.
Tiada satu pun yang tinggal.
Hanya beberapa naskah Al-Quran (termasuk yang ini) dan kitab-kitab milik mak dan abah yang masih elok keadaannya.
Hanya bahagian keliling sahaja dimakan api, kandungan dalamnya tidak terjejas langsung.

1 Hari 1 Lembaran

Antara kata-kata adik saya Khairi Ridzuan Ams ketika itu yang masih kuat melekat di ingatan saya, “Akak, Quran Ayi dan yang lain semua terbakaq akak. Hat mak saja elok. Sebab kami jarang baca kot noh akak. Allah nak tunjuk.”

Akan terus saya simpan naskah ini sebagai peringatan mahal dariNya.

‪#‎1hari1lembaranalquran‬