Akhlak Berdakwah

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kosong benar hari ni. Sudah cuba dengan sesungguh hati untuk memandang sekeliling dengan mata hati. Masih kelam. Segalanya di sekeliling bagaikan beku, tiada cerita. Hanya Isyraf sahaja yang berjaya menggeletek hati. Berjaya sauk Awe si meow berwarna oren masuk ke dalam penyauk ikan. Kaedah mancing



Dont Judge A Book By Its Cover…Meow

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ke pasar pagi di Pulai Chondong tadi, dah 11 lebih rasanya. Pusing sorang-sorang cari lauk, entah apa nak masak pun tak tahu. Saya singgah ke satu gerai jual ikan di hadapan Kedai Runcit Zaid. Ramai pulak orang. Tak apalah…tunggu, sabar. “Meow. Meow. Meow.” Ada



Salam Perkenalan Kepada Rakan-Rakan Baru ♡

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Buat rakan-rakan yang dirahmati Allah SWT samada ukhuwah kita terjalin di alam maya atau realiti, jutaan terima kasih tidak terhingga atas ucapan dan doa kalian sempena hari kelahiran saya pada 19 April yang lalu. Didoakan sampai ke ‘sana’ dan dimakbul Allah swt. Untuk rakan-rakan baru,




Menghargai Ketika Memiliki

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Sejahtera, Saya berada di Cameron Highland baru-baru ini mengikut suami atas urusan kerja. Ini pula gambar yang sempat saya ambil selepas melihat anak-anak saya teruja mencubanya. Di Ladang Strawberry Al-Manshoor jika tidak salah saya. “Irfan, tengok ni…depa tak payah beli pun. Buat sendiri saja. Kita balik buat



Sabar Itu Tidak Pernah Mengecewakan

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Beberapa minggu lepas ada orang datang melihat tanah di sebelah rumah. Kemudiannya mereka mula membersihkan semak samun di tanah tersebut dengan kaedah pembakaran terbuka. 2 minggu jugalah kami bermandikan asap. Cuaca pula kering dan berangin kuat. Baju-baju yang bersidai di ampaian memang tak usah cakap,



Darah Saya Merah

Apabila saya lihat kekalutan perihal Dr.Zakir Naik teringat saya pada sahabat baik saya ini. Beliau seorang penganut Kristian yang patuh, ibunya berbangsa Tionghua, bapanya berketurunan India. Ada juga rakan-rakan India yang lain pada mulanya menggelarnya India sombong sebab tak cakap Tamil langsung di pejabat. Sebenarnya bukan tak nak cakap Tamil, tapi tak tahu cakap Tamil




Rindu Mak & Mek

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pagi tadi saya telefon mak di kampung, Kulim, Kedah. Mak cerita jagung yang abah tanam dah mula naik, tak boleh tinggal rumah dah sekarang sebab cuaca kering. Macam faham saja mak ni…saya nak ajak mak datang ke Kelantan cuti Hari Pekerja nanti. Seperti biasa mak




Mesej Dhuha

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pagi tadi satu tamparan hebat buat saya dari si kecil Isyraf Hadzrami sewaktu sarapan pagi sebelum ke sekolah. “Ibu, kita jumpa satgi 10.15 na.” “Jumpa? Kan sekolah hari ni?” “Jumpa kat sejadah la. Kami 10.15 solat dhuha dengan kawan-kawan di surau sekolah waktu rehat. Ibu




Ujian Itu Besar Hikmahnya

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pagi tadi tulisan Ustaz Ebit Lew perihal ujian dan rahmat melintas di newsfeed saya. Saya juga ingin berkongsi serba sedikit apa yang saya lalui. Sewaktu dikurniakan cahaya mata pertama yang tangan kirinyanya hanya pada paras siku terlintas juga di fikiran saya, “Ujian apakah ini Tuhan?




Bayar Tunai

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Cuti sekolah baru-baru ni poket suam-suam kuku sahaja. Tapi hati kasihankan anak-anak yang terperuk sahaja di rumah dan hanya sibuk dengan rutin kelas tambahan sekolah di musim cuti sekolah. Muka sorang-sorang dah macam pelam masam 3:). Dan yang paling penting cuti sekolah belum lagi diisi




Berbeza Itu OK

Teks: Azura Abdullah
Foto: Abdullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
image

Berbeza Itu OK!

“Risau orang ibu dengan result subjek add math, fizik dan kimia orang yang semuanya semput-semput ni ibu. Haih…”

“Tak pa la. Pelan-pelan. Baru ujian pertama. Pulun lagi. Ada banyak masa lagi. Cuma subjek macam ni kalau ada benda tak faham jangan bertangguh. Kena cepat-cepat solve dan fahamkan. Sat lagi dia bersangkut-sangkut. Lagi kacau jadinya.”

“Tu lah. Macam mana lah Stephen Hawking yang tak boleh gerak dok ataih wheel chair saja tu terer sangat. Heran betui orang. Kagum sungguh dengan semangat dia. Kalau orang dok tempat dia tak tau lah lagu mana.”

Omakaih…beratnya tajuk dengan Irfan hari ni.

“Irfan tau dak computer based communication system yang Stephen Hawking pakai tu company ibu keja dulu, Intel la design dan sponsor untuk dia. Dia hanya perlu guna gerakan pipi untuk pilih perkataan di screen, lepaih tu akan communicate dengan speech synthesiser pulak.”

image

“Ha…tu la orang dok baca. Baguih noh Intel. Intel ada sponsor satu group engineer untuk upgrade lagi komputer tu. Hebat betui lah Stephen Hawking ni ibu. Fizik lagi, Math lagi. Kosmologi lagi. Pasai black hole semua tu dia la jugak. Orang ada baca masa kecik-kecik dulu mak dia rajin bagi buku astronomi.”

Ibu terus pasang telinga.

“Tu la orang dok tengok. Sesetengah kawan orang yang OKU tu sebenaqnya tak perlu pun dok kelas pendidikan khas ibu. Kesian pulak kat depa. Ada sorang dua tu minor ja macam orang. Buleh sangat belajaq macam biasa. Orang sedih jugak tengok depa. Tapi nak buat macam mana. Apa-apa pun kena dari awai kan ibu.”

Dari kaca mata seorang anak yang melalui sendiri tahun ke 16 sebagai OKU.

Mesejnya di sini sebagai ibu bapa OKU tidak dapat tidak, kita perlu memainkan peranan besar. Anak kecil hanya mengikut laluan yang kita sediakan. Kita acuannya. Sejak dari awal kita perlu alert tentang kemampuan anak kita dan sediakan mereka dari segi fizikal serta mental mengikut kesesuaian. Usaha dan perhatian kita sebagai ibu dan bapa kepada anak OKU perlu 2 kali ganda daripada ibu bapa lain.

Saya akan ulang dan terus ulang 3 PERKARA ASAS dan WAJIB ada pada kita ibu bapa anak OKU untuk KEKAL POSITIF:

Asas #1 – Keluar dari ‘denial stage’ secepat mungkin. Terima kenyataan, ‘Ya, anak aku istimewa dan kelainan upaya’.

Asas #2 – Tewaskan diri sendiri sebelum anda mahu menewaskan orang lain. Kalau anda masih ada rasa ragu, malu dan sebagainya dengan kurniaan Allah SWT yang maha hebat ini makanya masih banyak tugasan hati yang perlu anda lakukan. Jadinya usah bermimpi anda boleh kebal dengan persekitaran negatif jika kurang kukuh asas ke dua ini.

Asas #3 – Usah bezakan anak OKU dan tidak OKU. Ini cara membaja motivasi dan membina keyakinan dalam diri anak samada yang istimewa atau normal.

Nota:
* Gambar bertopi tu sewaktu Misi Jalan2 Masuk Kampung. Irfan mengikat beg plastik yang diisi barang-barang sumbangan. Ikat tali kasut sekolah pun tak ada hal. Mula-mula dulu waktu sekolah rendah ibu Irfan sokmo sentimental, lap ayaq mata tengok bersusah payahnya anakku ikat tali kasut. La ni ok dah. Bereh! Darah Cik Siti Wang Kembang masuk dah. Hehehe.
* Gambar ke dua tu gambar design item Irfan sewaktu Pertandingan Rekacipta Bahan Kitar Semula, Irfan design power boat.

#berbezaituok
#anakkutangan1hadiahdarisyurga




Sekadar Meluah Rasa

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Ini versi dah masuk aircond..hihuhi 3:) Kawan, Jika tiada kata-kata wangi bak bunga ros untuk disampaikan dan hanya bau bunga taik ayam sahaja yang tinggal mungkin boleh disimpan dahulu barang seketika. Bunga taik ayam memang cantik ditanam buat hiasan luar rumah, tapi kau pun tak petik letak dalam rumah.




Berbeza Itu Ok

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, “Payoh budak tu nok berlari dengan tange sebelah. Nok mengepak pun tak buleh.” Anak-anak kecil ni dia tak tahu apa-apa. Cakapnya jujur dari hati, tak pakai penapis takut orang terasa atau nak fikir apa orang kata. Apa yang ada dalam kepala, itulah yang diluahkannya. Dan




Melentur Buluh Dari Rebung, Raja Di Rumah Sendiri

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Kawan, Kadang-kadang kau lihat isterimu tersengguk-sengguk terhangguk-hangguk dalam kereta dan mohon kau yang turun untuk singgah belikan barang kau turutkan sajalah. Bukannya lama pun. Kau pula buat muka 20 sen hempas pintu macam isteri kau itu pemalas tahap dewa. Tersengguk-sengguk terhangguk-hangguk itu tahukah kau…sampai sahaja di rumah sekejap lagi




Anugerah Pelajar Cemerlang 2016 – Berbeza Itu Ok!

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru SMAS khasnya Tuan Pengetua Tuan Mohd Rohzaini dan guru-guru kepada anakanda Irfan kerana tidak pernah membezakan Irfan dengan anak-anak yang lain, peluang dan galakan sama rata diberi. Terima kasih Cikgu! Tahniah Irfan Hadzrami atas Anugerah Pelajar Cemerlang baru-baru ini.




Happy Birthday Mek Na 2016

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Happy Birthday Kakak Dina. Ibu dan abah Hadzrami Mohd doakan kakak berjaya di dunia dan akhirat. Terima kasih Mama Aween Mazuin Eliani Ab Malik dari Cerita Si Party Planner atas tajaan party packs yang sangat comel. Sampai tak cukup. Kawan-kawan yang nak buat party apa



Menjadi Manusia Yang Memberi Manfaat

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Semalam sewaktu saya key-in senarai nama 30 keluarga asnaf bagi pihak Tuan Bob…saya lap ayaq mata saja kerjanya. Teruk betul sentimentel saya ni. Kawan-kawan sekolah gelar saya Neng Yatimah. Sabaq Mek Zurots! Kalau masa zaman Intel dulu, buat program CSR santuni golongan kurang bernasib baik




Magic Mop, Magic Mak!

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 18.3.2016 merupakan hari lahir mak saya. Kali ni saya hanya hantarkan ‘magic mop’ untuk mak melalui Lazada. Ekonomi meleset, poket kelepet. Pagi tadi rutin biasa saya kalau tak hantar sms bertanya khabar mak dan abah, saya akan terus call sahaja. Gembira mak dengan ‘magic mop’




Teks: Azura Abdullah Foto: Carian Google Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dulu waktu zaman budak sekolah selalu berangan nak duduk di rumah ladang macam dalam cerita Little House on The Prairie. Alhamdulillah. Allah swt makbulkan sebahagian sebelum usia 40 Dapat juga duduk di Little House on The Padang…hehehe. Photoshoot ambil gambar macam ni best juga kan




Berbeza Itu OK!

Teks: Azura Abdullah Foto: Azura Abdullah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Berbeza Itu OK! Ada juga ketikanya Irfan pulang dari sekolah dengan penuh rasa kecewa. “Awat tu?”, sapa saya apabila melihat muncung Irfan panjang sampai ke Kedah. “Hmmh. Tadi waktu kelas KH (kemahiran hidup). Orang yang siap last sekali projek. Macam mana nak buat cepat dengan




%d bloggers like this: